Sunday 28 August 2016

DISEDIAKAN OLEH

Kaarthik A/L Ramesh (02DAD14F1070)
Mahendran A/L Rajamanikam (02DAD14F1054)
Kamal Raj A/L Sundar (02DAD14F1064)
Mohammad Shafiq Bin Zainal (02DAD14F1058)
Nur Muhammad Al Aiman Bin Mohd Zaini (02DAD14F1066)


JAUHI DADAH !!!

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH

·                     AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

-Merupakan suatu akta bagi membuat peruntukkan yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan dan penggunaan candu.
-Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.

·                     AKTA PENAGIH DADAH ( RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 PINDAAN 1998

-Digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah
-Selain itu ia merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan terhadap penagih-penagih bagi memastikan mereka tidak mengulanginya lagi.

·                     AKTA DADAH BERBAHAYA ( LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

-Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang terhubung pengedaran dadah yang berbahaya.

·                     AKTA DADAH BERBAHAYA ( PERLUCUTAN HARTA) 1988


-Merupakan suatu akta untuk membuat peruntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan serta perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai hubungan dengan kasalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Kempen

-kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
-Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
-harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat

-Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
-berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
-melakukan senaman ringan
-menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
-sentiasa berfikiran positif
-menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3)Pendidikan

-Sekolah(program 5 minit antidadah)
-Skim Lencana Antidadah
-Ceramah dan Pameran antidadah
-Kaunseling kelompok dan individu
-Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
-Program Motivasi

4)Media massa

-Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
-Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
-Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas


UJIAN-UJIAN

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.

KOMPLIKASI

 Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

TANDA-TANDA DAN GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH

a) Gejala fizikal

• Berpeluh
• Meremang bulu roma
 • Pening kepala
 • Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi

 • Keresahan
• Insomnia - tidak dapat tidur
• Kerisauan
• Gangguan emosi dan perasaan

 c) Gejala perlakuan

• Sentiasa ponteng kerja
 • Penurunan prestasi kerja
 • Digantung atau dibuang sekolah
• Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
 • Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
 • Mencuri


KESAN TERHADAP NEGARA


·         Ekonomi terjejas
·         Kos penyelenggaran meningkat
·         Kehilangan sumber tenaga kerja yang produktif

·         Ancaman keselamatan negara

KESAN TERHADAP MASYARAKAT

·         Mengganggu ketenteraman
·         Peningkatan jenayah
·         Ketidakstabilan struktur masyarakat-emosi, pergaulan dan pemuafakatan

·         Gambaran buruk masyarakat setempat

KESAN TERHADAP KELUARGA

·         Meruntuhkan maruah
·         Berlakunya penganiayaan dan penderaan mental dan fizikal
·         Membebaskan keluarga, emosi, masa, tenaga dan kewangan,

·         Perceraian, perpisahan dan perpecahan

KESAN TERHADAP INDIVIDU



·         Hilang maruah diri
·         Mengabaikan tanggungjawab
·         Jangkitan AIDS/HIV
·         Diri tidak terurus
·         Perubahan tingkah laku
·         Terdorong melakukan jenayah

·         Musnah kerjaya

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

1.Pengaruh rakan sebaya

Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.

2.Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.

3.Kurang didikan agama oleh ibu bapa

 Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .


4.Gangguan Emosi

 Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.

JENIS-JENIS DADAH

Canabinoid
Contoh : Ganja,hashish dan manjuana.
Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra Hydrocannibol (THC).

Stimulan
Contoh : Phetamine kokain
-Sejenis daun koko,paste koka,kokain freebase dan crack kokain .

Depreseo
Contoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol
-Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat .

Halusinogen
Contoh : Lysergic acid,halluceno-genic mushroom,dietthylamide (LSD),trymethyltrp tamine (DMT) ,phenlyclidine(PCP) dan katamine .
-Merupakan dadah asli dan sintatik
-Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak ,

Psikotrapik
Contoh : Methamphetamine,amphetamine,Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA),dan pil ecstasy (XTC) .
-Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal .

Inhalant
Contoh: Gam,ubat nyamuk ,minyak petrol,cat cair,thinner,cecair pemetik api,spray rambut,krim pencuci,marker pen,dan lain-lain.
-Tidak ditakrifkan sebagai dadah .
-Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya 

DEFINISI DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .

PENDAHULUAN

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).