Sunday 28 August 2016

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Kempen

-kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
-Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
-harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat

-Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
-berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
-melakukan senaman ringan
-menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
-sentiasa berfikiran positif
-menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3)Pendidikan

-Sekolah(program 5 minit antidadah)
-Skim Lencana Antidadah
-Ceramah dan Pameran antidadah
-Kaunseling kelompok dan individu
-Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
-Program Motivasi

4)Media massa

-Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
-Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
-Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas


No comments:

Post a Comment